Elon Musk
Elon Musk

Mail Online melaporkan, Musk yang juga pemilik syarikat aeroangkasa, SpaceX dan syarikat pengeluar kereta elek­trik, Tesla didakwa membuat pengumuman itu sejak penghujung tahun lepas menerusi akaun Twitter miliknya.

“Masalah aliran trafik di sini menyebabkan saya menjadi gila. Saya mahu membina sebuah terowong dan akan memulakan kerja-kerja menggali,” tulis Musk dalam statusnya.

Ternyata, Musk tidak bergurau apabila kerja-kerja pembinaan terowong tersebut mula berjalan tidak lama selepas itu.

Bagi mengukuh­kan dakwaannya, bilionair tersebut turut memuat naik gambar mesin te­rowong atau dikenali sebagai TBM de­ngan kerja-kerja penggalian dijalankan SpaceX tidak jauh dari ibu pejabat syarikat itu di Hawthorne.

Musk juga memuat naik sekeping gambar dengan meletakkan kapsyen bertulis ‘Minecraft’ yang merujuk kepada permainan vi­deo popular yang membolehkan para pemainnya menggali terowong besar.

Difahamkan, lubang yang digali itu berukuran sembilan meter lebar, 15 meter panjang dan berada pada kedalaman kira-kira 4.5 meter.

Pembinaan terowong itu tidak melanggar undang-undang kerana dilakukan di kawasan yang menjadi hak milik persendirian.

Namun, kerja-kerja tersebut mungkin memerlukan rundingan, kertas kerja tambahan serta kelulusan daripada pihak majlis bandar raya jika terowong terbabit dipanjangkan.

“Ketika ini, kami sedang mengkaji kaedah terbaik untuk menambah kelajuan ketika melalui terowong berkenaan,” kata Musk.

Kos pembinaan terowong itu bagaimanapun tidak dinyatakan.