Tetapi lain pula tradisi pemberian bonus di bandar raya Chongqing, yang terletak di barat daya China.

Portal Global Times melaporkan, pemberian bonus Tahun Baharu Cina adalah berdasarkan tahap keberanian pekerja yang diuji menerusi aktiviti-aktiviti lasak.

Antaranya, pekerja perlu ‘mengayunkan diri’ di ketinggian kira-kira 50 meter menerusi aktiviti ‘cliff hanger’.

Selain itu, mereka juga perlu melakukan aksi ngeri dengan mengangkat kedua-dua tangan seperti terbang di gondola terbuka di ruang udara. Silap langkah, aksi tu boleh membawa maut kerana gondola itu akan berpusing-pusing dan terbalik.

Pekerja yang berjaya melepasi setiap tahap ‘keberanian’ itu akan diberi bonus 500 yuan (RM300) dengan jumlah terkumpul sebanyak 19,000 yuan (RM11,391). -AGENSI