BBC melaporkan, bongkah berukuran 91 meter lebar itu berpusing melawan arah pusingan jam di Sungai Presumpscot, dekat sini.

Bongkah itu turut menarik haiwan liar seperti itik dan burung berkeliaran di permukaan ais tersebut.

Penyelidik percaya, pusi­ngan bulatan ais tersebut terjadi di­sebabkan perubahan suhu dalam air sungai yang pada masa mencetuskan pusaran.

NBC News melaporkan, ahli hidrologi di Pusat Kajian Atmosfera Nasional di Boulder, Colorado, Ethan Gutmann berkata, fenomena itu terbentuk apabila sejumlah blok ais di sungai berpecah dan terperangkap dalam arus yang berpusing.

“Kejadian itu mengakibatkan blok ais yang terperangkap berpusing kerana satu bahagian dalam air mengalir deras sementara bahagian lain mengalir perlahan,” katanya

Sementara itu, Oddity Central pula melaporkan, fenomena yang jarang berlaku berkenaan menarik perhatian jutaan pengguna internet setelah gambar dan video bongkah terbabit tular dalam media sosial.

Kejadian yang sama pernah berlaku di Amerika Syarikat (AS) sebelum ini namun saiznya lebih kecil, kira-kira sembilan meter berbanding yang terbentuk di Sungai Presumpscot. – AGENSI