Lapor The Guardian, langkah itu dibuat selepas sekolah di Crêts en Belledonne, sebuah kampung di kaki gunung French Alps memaklumkan, satu daripada 11 kelasnya akan ditutup selepas jumlah pelajar menurun daripada 266 kepada 261 orang.

Semalam, seorang penternak haiwan tempatan hadir ke sekolah tersebut dengan membawa 50 kambing biri-biri, 15 daripadanya ‘secara rasmi’ mendaftar selepas menunjukkan sijil kelahiran.

Satu majlis menyambut ‘murid baharu’ itu turut diadakan, yang disaksikan oleh murid, ibu bapa dan guru.

“Sekarang, kita tidak perlu menutup mana-mana kelas,” kata ibu bapa, Gaelle Laval.

Laval merupakan ibu bapa yang mendakwa pihak berkuasa pendidikan tempatan lebih mementingkan mengenai angka berbanding kebajikan murid.

Tambah Laval, dia menggunakan humor untuk menggesa orang ramai mengatasi masalah ‘buruk’ itu. – AGENSI