Melihat dekorasi bilik darjah yang diusahakan Samelyn Lafuente, membuatkan anda terfikir ia adalah tempat bagi peminat fanatik karakter popular yang berasal dari Jepun itu.

Lantai dihiasi dengan permaidani, dinding dan meja berwarna merah jambu, selain dikelilingi karakter Hello Kitty yang digantung di siling, dilekatkan pada dinding dan tingkap.

Gambar kelas berwarna merah jambu itu pantas menjadi tular di beberapa negara Asia termasuk China setelah dikongsi oleh Glay Franco Bacolod dalam laman Facebook.

Ramai memuji usaha Lafuente bagi memastikan keceriaan anak muridnya, meskipun kos hiasan menggunakan duit poketnya sendiri. – ODDITYCENTRAL