Daily Star melaporkan, Pengarah Batalion BGB 2, Asaduzzaman Chowdhury memberitahu, pihaknya telah menggunakan kuasa tambahan untuk meronda sejauh 54 kilometer di sempadan Bangladesh - Myanmar kerana bimbang pencerobohan berlaku di Sungai Naf dan kawasan sempadan lain.

“Memancing dan aktiviti lain di Sungai Naf telah dihadkan dan BBG telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak berlakunya pencerobohan dan penyeludupan ‘yaba’,” katanya. -AGENSI