GENEVA 15 Nov. - Sebutir berlian terbesar yang pernah ditawarkan dalam majlis lelongan berjaya dijual dengan harga AS$34 juta (RM1.4 bilion), di sini semalam.
Ketua pusat lelongan terkenal Christie Jewels, Rahul Kadakia berkata, berlian 163.41 karat dan tidak berwarna itu dijual pada harga berkenaan selepas dikenakan komisen dan cukai, sekali gus mencatat rekod dunia bagi harga berlian paling mahal. - AFP