Megawati sebagaimana la­por portal Republika, menang atau kalah dalam Pemilu seharusnya diterima dengan tenang tanpa perlu melakukan kekecohan.

Katanya, beliau juga mene­rima kekalahan sebelum ini dalam pilihan raya Presiden 2004 dan 2009.

“Sewaktu kalah, saya tidak membuat kecoh hanya ketawa dan kita makan-makan.

“Apapun keputusannya, kita gembira sahaja kerana itu pilihan rakyat,” katanya, hari ini.

Sementara itu, pemerhati politik The Habibie Center, Bawono Kumoro menyeru pasangan calon Pre­siden dan Naib Presiden agar tidak mengulangi kejadian berlaku pada 2014 yang me­nyaksikan pasangan calon kalah enggan mengakui kekalahan mereka.

Jelasnya, jika terdapat rasa tidak puas hati calon bertan­ding terhadap keputusan Pemilu, sudah ada mekanisme perunda­ngan melalui Mahkamah Perlembagaan.

“Tidak perlu mekanisme lain seperti mengerahkan kuasa rakyat untuk membantah.

“Sehubungan itu, pasangan calon juga diminta terus mengingatkan pasukan mereka untuk menjaga tertib dan menerima apapun keputusan undian rak­yat nanti,” katanya. – AGENSI