Kurtis Baute mengurung dirinya di dalam sebuah rumah kecil bersaiz tiga meter persegi bagi menguji sama ada pokok-pokok itu mampu membekalkan oksigen mencukupi selama dia berada di dalam rumah kedap udara itu.

Binaan rumah kecil itu dibalut dengan plastik kedap udara bagi menghalang oksigen dari luar masuk ke dalam, sebaliknya Baute hanya menggunakan oksigen yang dihasilkan daripada pokok-pokok itu.

Dia berharap kesemua pokok itu mampu menukarkan gas karbon dioksida yang dihembuskan dari badannya dan ditukar menjadi oksigen oleh pokok yang ada.

Malangnya, Baute terpaksa membatalkan eksperimen itu kerana hanya mampu bertahan selama 15 jam di dalam rumah kedap udara itu kerana oksigen yang dibekalkan oleh pokok itu terlalu kurang, manakala gas karbon dioksida berada di paras bahaya.

Gas karbon dioksida yang terhasil di dalam rumah itu berisiko menyebabkan kerosakan otak, strok dan kecacatan kekal pada badan manusia.

Pokok-pokok yang ada itu tidak mampu menghasilkan oksigen yang mencukupi kerana ia tidak mendapat cahaya matahari yang cukup untuk melakukan proses fotosintesis.

“Pokok menyerap karbon dioksida dengan bagus, namun ia mampu bertindakbalas menghasilkan oksigen apabila mendapat cahaya matahari yang mencukupi.

“Dalam eksperimen saya, pokok yang kurang menerima cahaya mahathari tidak mampu mengitar semula gas karbon dioksida dengan pantas,” katanya – ODDITY CENTRAL