Bencana alam itu melanda bandar Dayton semalam, merosakkan rumah-rumah dan menerbangkan pokok.

Bagaimanapun tiada kematian dilaporkan setakat ini.

Perkhidmatan Cuaca Nasional berkata, bekalan elektrik terputus bagi lima juta orang dan sebahagian negeri itu berdepan risiko banjir kilat berikutan ribut yang baru bermula.

Puting beliung itu merupakan kejadian ketiga dalam seminggu yang melanda sentral Amerika Syarikat (AS). - AFP