Lapor Mail Online, pulau ber­ke­naan bakal dibina daripada 87 bongkah segi tiga dengan pelbagai saiz dan diperbuat menggunakan konkrit serta keluli yang mempunyai keluasan sehingga tiga kilometer persegi.

“Sesetengah bandar telah mula mencari penyelesaian untuk terapung, seperti taman terapung di sungai, di mana mereka mahu mempunyai kawasan rekreasi di pusat bandar,” kata penyelidik Marin, Olaf Waals.

Tambah para penyelidik, pulau terapung tersebut akan menyediakan ruang untuk orang ramai bekerja dan tinggal.

“Ketika paras air laut mening­kat, membina tembok serta me­ngepam keluar pasir mungkin bukan penyelesaian terbaik.

“Pelabuhan dan bandar te­­r­apung merupakan penyelesaian inovatif yang mencerminkan tradisi maritim Belanda,” kata Waals.

Bagaimanapun, menurut para penyelidik, projek tersebut masih berada pada tahap awal.

“Secara teknikal, ia boleh dilaksanakan dalam tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang,” jelas Waals.