Lapor media tempatan, Ayumi Kuboki, 31, ditahan selepas didakwa membunuh seorang lelaki berusia 88 tahun di sebuah hospital di pinggir bandar Tokyo.

Dia ditahan pada Sabtu lalu atas tuduhan membunuh pesakit warga emas pada 2016, namun dia memberitahu kepada polis sudah membunuh sehingga 20 mangsa.

Kuboki berkata dia bertindak demikian kerana mahu mengawal waktu kematian pesakit. - AFP