Lapor BBC, polis mengesahkan ejen saraf digunakan untuk menyerang ejen berkenaan dikenali sebagai Sergei Skripal bersama-sama anak perempuannya, Yulia.

Sergei dan Yulia serta seorang lagi anggota polis yang tiba awal di tempat kejadian itu dilaporkan masih menerima rawatan.

Pihak berkuasa Britain turut mengaitkan kes ini serupa dengan pembunuhan seorang lagi ejen Rusia, Alexander Litvinenko pada 2006, yang didakwa diarahkan oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Rusia bagaimanapun menafikan penglibatannya dalam insiden terbaharu itu sambil memaklumkan mereka sudi bekerjasama untuk membantu siasatan.