Reformis terkenal itu dituduh menembak mati isteri keduanya, Mitra Ostad di kediaman mereka di Tehran.

Kertas pertuduhan yang dibacakan di mahkamah jenayah di Tehran antaranya merangkumi dakwaan membunuh, serangan dan memiliki senjata tanpa lesen yang sah.

Pendakwa raya turut membacakan kenyataan dari Najafi yang mendakwa isterinya pernah mengugutnya dengan menggunakan pisau dalam satu pertengkaran antara mereka.

Jelas laporan media Iran, mayat Ostad ditemui dalam tab mandi selepas Najafi menyerah diri kepada polis dan mengaku membunuhnya pada 28 Mei lalu. - AFP.