Pendedahan itu dijangka dibuat menerusi satu siaran dokumentari oleh agensi berita BBC, Ahad ini.

Difahamkan, batu-batu permata tersebut termasuk Black Prince’s Ruby daripada Imperial State Crown ditanam di bawah satu pintu keluar rahsia di istana lama itu.

“Menariknya, Ratu (Elizabeth) sendiri tidak mengetahui mengenai perkara itu,” kata seorang jurucakap diraja, Alastair Bruce yang terbabit dengan dokumentari berkenaan. -AFP