Sehingga kini, punca kejadian masih lagi disiasat dengan pihak berkuasa berkata mereka meneliti beberapa kemungkinan termasuklah masalah teknikal.

Rakaman stesen televisyen tempatan menunjukkan bas tersebut dipandu ke arah bahu jalan dan kemudiannya menuruni tangga laluan pejalan kaki itu sebelum melanggar orang ramai.

“Pemandu bas berkenaan telah ditahan. Kakitangan polis sedang menyiasat dia,” kata kenyataan dikeluarkan oleh polis Moscow. - AFP