Bangkok Post melaporkan, suspek yang merupakan pelancong, Wael Nabil Salman Zureikat ditahan sebelum dia sempat menaikkan penerbangan pulang ke Jordan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi sekitar pukul 3 pagi tadi.

Menurut laporan media Thailand, penahanan suspek kemudian menemukan mayat anaknya yang masih terikat pada kereta tolak bayi dan terapung di Jeti Laem Bali.

Wael Nabil ketika disoal siasat mengaku membunuh anaknya pada pukul 8 pagi.

Jelasnya, suspek bertindak sedemikian ekoran marah terhadap isterinya yang tidak mengambil perhatian pada anak mereka ekoran sering meninggalkan dia untuk menjaga seorang diri.

Polis berkata, suspek dalam keadaan marah kemudian mengikat kaki budak lelaki itu pada kereta tolak bayi sebelum melontar ke laut pada Jumaat lalu.