Menurut pihak berkuasa, jumlah kematian akibat insiden itu meningkat kepada 13 orang selepas hujan monsun menyebabkan bangunan itu runtuh, memerangkap lebih 40 orang dalam kejadian di kawasan padat penduduk di Dong­ri, selatan Mumbai.

Jurucakap Pasukan Respon Bencana Nasional (NDRF), Sachidanand Gawde berkata, pihaknya menyelamatkan Alima Indrasi, 28, dengan dua anak­nya awal pagi tadi.

“Wanita itu mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan namun anaknya didapati sudah tidak bernyawa. Kita berharap masih ada mangsa yang hidup,” katanya.

Nasib penghuni bangunan berusia 100 tahun yang dijang­ka dibangunkan semula itu menonjolkan keadaan bahaya infrastruktur berusia di Mumbai.

Tragedi itu menjadi kejadian runtuhan kedua di Mumbai dalam tempoh dua minggu dan kejadian ketiga di negeri Maharashtra.

Bangunan runtuh di Mumbai yang dihuni kira-kira 20 juta orang adalah biasa ketika musim monsun berikutan struktur u­sang, roboh ekoran hujan berterusan.

Tambah Gawde, operasi menyelamat di lokasi bencana kini berada pada peringkat akhir. – AFP