Timbalan Komisioner, Masudur Rahman berkata, suspek dikenali sebagai Mojammel Hossain, 25, yang merupakan ketua kumpulan militan Ansar Ullah Bangla dan disyaki bertanggungjawab membunuh Avijit Roy.

Roy yang berasal dari Bangladesh dibunuh dengan kejam pada Februari 2015 ketika dalam perjalanan pulang ke rumah bersama isterinya selepas mengunjungi festival buku di sini.

Kejadian itu juga menyaksikan isterinya, Rafida Ahmed mengalami kecederaan parah. – REUTERS