Nainggolan menamakan empat suspek tersebut sebagai Shaun Edward Davidson dari Australia, Dimitar Nikolov (Bulgaria), Sayed Muhammad (India) dan Tee Kok King dari Malaysia.

“Terowong yang dimasuki mereka itu sepanjang kira-kira 12 meter dan kami percaya ia mengambil masa lebih daripada seminggu untuk dibina,” ujar Nainggolan.

Tambahnya, polis Indonesia juga telah melancarkan gerakan memburu kesemua suspek dan percaya mereka masih berada di sekitar Bali pada waktu ini. - REUTERS