Tindakan pengganas berkulit putih tersebut, Brenton Tarrant, 28, yang dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan membunuh dan menunjukkan simbol ketuanan kulit putih membuktikan kempen tersebut boleh memberi inspirasi kepada pembunuh seperti yang dilakukan oleh warga Australia itu.

Masyarakat dunia melalui reaksi dalam media sosial me­ngaitkan tindakan lelaki yang gemar

PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bertemu dengan wakil
PERDANA Menteri New Zealand, Jacinda Ardern bertemu dengan wakil Pusat Pelarian Canterbury,
Christchurch, semalam. – AFP

mengembara itu dengan ketuanan kulit putih berikutan sikap angkuh dan tiada tanda kekesalan ditunjukkan tertuduh.

Berikutan itulah, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern semasa ditanya wartawan adakah beliau bersetuju dengan kenyataan Trump yang menolak apa yang berlaku di Christchurch sebagai peningkatan pengaruh ketuanan kulit putih merupakan ancaman global, Ardern dengan tegas menjawab, tidak.

Ardern menegaskan, retorik berkaitan perkauman, perpecahan dan pengganas tiada tempat bukan sahaja di New Zealand malah di seluruh dunia.

Pembunuhan beramai-ramai di New Zealand juga menunjukkan tujuan pergerakan ketuanan kulit putih yang menolak imigran dan berkongsi ancaman ganas melalui internet.

Pergerakan nasionalis kulit putih biasanya tidak mempu­nyai ketua dan berpecah belah selain menarik perhatian menerusi serangan sendiri seperti serangan Tarrant ke atas dua buah masjid yang dijelaskan menerusi manifesto dia mahu menghancurkan imigran dan membalas dendam terhadap serangan di Eropah.

Namun menurut pakar, pergerakan ketuanan kulit putih itu terikat bersama secara atas talian menjangkau seluruh Eropah hingga Rusia serta mempunyai pengikut di AS dan Kanada.

Dan mengikut serangan di Christchurch semalam, pergerakan itu turut wujud di Australia dan New Zealand.

Menurut kumpulan itu, mereka menimbulkan ancaman antarabangsa sama seperti kumpulan militan di Asia Barat dan lebih-lebih lagi di Amerika, serangan golongan nasionalis kulit putih itu melebihi serangan dilakukan kumpulan pengganas wilayah berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

“Orang-orang ini takutkan perubahan demografi, mereka menggunakan terma genosid kulit putih,” kata pakar, Brian Levin. – AGENSI