Dalam satu kenyataan dikeluarkan, Menteri Luar ASEAN berkata blok ASEAN menyatakan kebimbangan yang teramat sangat terhadap perkembangan di India dan Pakistan baru-baru ini sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa

ASEAN mengambil maklum usaha yang diambil oleh India dan Pakistan untuk mengekalkan keamanan,keselamatan dan kestabilan di rantau itu.

"ASEAN mengutuk tindakan pengganas pada 14 Februari di Pulwama dan mengulangi komitmen untuk berkerja rapat dengan masyarakat antarabangsa dalam memerangi keganasan dalam semua bentuk dan manifestasi," demikian menurut kenyataan tersebut.

Ketegangan antara kedua-dua kuasa nuklear, New Delhi dan Islamabad, bertambah buruk sejak serangan kumpulan pengganas Jaish-e-Mohammed (JeM) di Pulwama, India pada 14 Feb, yang meragut lebih 40 nyawa dan mencederakan ramai lagi. - BERNAMA