Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

AS hentikan sementara operasi tentera di seluruh dunia

Kapal pemusnah  USS John S. McCain yang mengalami kemalangan belayar
Kapal pemusnah USS John S. McCain yang mengalami kemalangan belayar ke pangkalan tentera Changi, Singapura, pada 21 Ogos 2017 - AFP

WASHINGTON 22 Ogos - Operasi tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia `dihentikan sementara’ untuk menilai semula armada tenteranya berikutan kejadian pelanggaran kapal pemusnah miliknya dengan sebuah kapal kontena dekat Singapura hari ini.

Kejadian tersebut yang menyebabkan 10 anak kapal hilang dan lima lagi cedera merupakan kemalangan besar kedua membabitkan kapal perang AS dalam tempoh dua bulan.

Ketua Operasi Tentera Laut, Laksamana John Richardson berkata, beliau telah memerintahkan pemberhentian sementara operasi itu di seluruh dunia.

``Saya mahu semua komander armada berbincang dengan pemimpin-pemimpin mereka bagi memastikan mereka telah mengambil semua langkah yang sewajarnya untuk menentukan operasi yang berkesan dan selamat di seluruh dunia,’’ katanya. - AFP

habis.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain