Menurut laporan rahsia AS yang dihantar kepada suruhanjaya sekatan PBB, kira-kira 759,793 tong produk minyak telah dihantar ke Korea Utara dari 1Januari hingga 30 Mei tahun ini.

Jumlah itu dilihat melebihi kuota tahunan yang ditetapkan oleh PBB terhadap Korea Utara iaitu 500,000 tong sahaja.

Penghantaran minyak secara haram berkenaan dilakukan menerusi cara kapal ke kapal di laut dengan menggunakan kapal tangki Korea Utara sebanyak 89 kali. - AFP