Tribunnews.com melaporkan, Pengarah Urusan Jasa Marga, Agus Purnomo berkata, syarikatnya sedang menunggu hasil kajian Pusat Pemuliharaan Rizab Kebudayaan Trowulan berhubung penemuan tersebut.

“Kerja-kerja di lokasi (pembinaan lebuh raya) tersebut akan dihentikan,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Difahamkan, beberapa penduduk dan ahli sejarah percaya penemuan struktur bangunan di tapak pembinaan lebuh raya tersebut adalah peninggalan kerajaa terdahulu.

Beberapa struktur bangunan yang dijumpai seakan susunan anak tangga.

Selain itu, penduduk setempat juga menjumpai duit syiling, pasu dan barang pusaka keemasan.

Menurut Ahli Arkeologi dari Universiti Negeri Malang, Dwi Cahyono, wilayah Malang pada zaman lalu adalah sebahagian dari Kerajaan Majapahit. -AGENSI