Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ariana Grande sedih, alami ‘histeria’

Ariana Grande mengadakan persembahan di Arena Manchester  dan
Ariana Grande mengadakan persembahan di Arena Manchester dan letupan berlaku sebaik sahaja dia meninggalkan pentas.

NEW YORK 23 Mei – Penyanyi pop, Ariana Grande amat sedih dengan kejadian letupan yang disyaki serangan pengganas ketika berlangsung konsert pe­nyanyi itu di Manchester Arena.

Melalui Twitter miliknya, penyanyi berusia 23 tahun itu menyatakan rasa simpati dan beliau tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi.

Ariana juga menangguhkan semua konsert jelajah dunia ekoran serangan itu dan menurut laporan portal TMZ, dia dijangka tidak akan mengadakan sebarang persembahan di London pada Khamis ini.

Dia dijadualkan mengadakan persembahan di England, Belgium, Poland, Jerman dan Switzerland.

Penyanyi itu dilaporkan mengalami ‘histeria’ dan gagal ditenangkan selepas letupan tersebut malah tidak mampu lagi mengadakan persembahan.

Ariana dan kumpulan pembantunya turut bimbang tentang keselamatan masing-ma­sing.

“Kami amat sedih dengan kematian kanak-kanak dan orang yang disayangi akibat perbuatan kumpulan pengecut ini dan kami mendoakan kebaikan untuk semua mangsa,’’ kata pe­ngurus Ariana, Scooter Braun.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain