Tayangan berkenaan akan berlangsung di panggung wayang baharu yang dibina di Daerah Kewangan Raja Abdullah.

Kerajaan Arab Saudi menyifatkan acara itu sebagai tayangan filem komersial pertama di negara ini selepas lebih 35 tahun.

“Tayangan itu merupakan peristiwa bersejarah perubahan Arab Saudi dari segi ekonomi dan masyarakat,” ujar Menteri Kebudayaan dan Maklumat, Awwad Alawwad. - AP