Langkah berkenaan sejajar dengan usaha Arab Saudi untuk mempelbagaikan pengeluaran tenaga di negara tersebut meskipun wujud kebimbangan berkaitan pelua­san tenaga nuklear di rantau Asia Barat.

Kos keseluruhan pembinaan 16 reaktor itu dilaporkan seba­nyak AS$80 bilion (RM333.4 bi­lion).

Menurut Saudi Press Agency (SPA), reaktor penyelidikan nuklear itu merupakan antara tujuh projek yang dilancarkan oleh Mohammed ketika berkunjung ke Bandar Sains dan Teknologi Raja Abdulaziz di Riyadh.

SPA bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut berkaitan bilakah reaktor tersebut - yang selalunya digunakan untuk penyelidikan, pembangunan atau pendidikan - akan dibina dan berapakah kos pembinaannya.

Arab Saudi ketika ini bergantung kepada sumber minyak dan gas asli untuk memenuhi permintaan tenaga yang sema­kin berkembang di negara itu.

Pada Mac lalu, Mohammed berkata, sekiranya Iran membangunkan senjata nuklear, Arab Saudi juga akan melakukan tindakan serupa. – AFP