Berikutan krisis India-Pakistan yang mengakibatkan masalah kepada laluan penerbangan, sejumlah 36 penerbangan termasuk 20 penerbangan untuk berlepas dibatalkan dan memberi kesan kepada 4,000 penumpang di lapangan terbang itu, semalam.

Awal hari ini, syarikat penerbangan memulakan penerbangan dengan mengelak daripada memasuki ruang udara Pakistan dan terbang ke Eropah melalui China dan selatan Rusia.

Pengarah Kawalan Perkhidmatan Darat AOT, Thera Buasri berkata, kira-kira 3,000 penumpang masih terkandas di lapangan terbang di sini berikutan pembatalan penerbangan semalam.

"Pengubahan laluan penerbangan tidak akan menjejaskan masa penerbangan. Sebenarnya, ia mengurangkannya sebanyak 20 minit. Bagaimanapun, syarikat penerbangan perlu mendapat kebenaran daripada negara berkenaan dan ia hanyalah untuk waktu tertentu sahaja," katanya.

Sementara itu, Thera berkata, Thai Airways akan menyediakan penerbangan khas ke destinasi sasaran seperti London, Paris dan Frankfurt.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada kebenaran dari negara berkenaan.

Semalam, Thai Airways membatalkan penerbangan ke Moscow, Copenhagen dan dari Frankfurt ke Bangkok berikutan penutupan ruang udara Pakistan.

"Kira-kira 800 penumpang terkandas dan ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang," katanya. - BERNAMA