Andre Kuipers memberitahu, beliau secara tidak sengaja terlepas nombor penting ketika membuat panggilan jarak jauh dari angkasa.

“Apabila berada di angkasa lepas, anda seperti membuat panggilan menerusi Houston.

“Pertama sekali anda tekan 9 untuk sambungan luar, kemudian 011 untuk sambungan antarabangsa,” katanya.

Tanpa menekan 0, Kuipers secara tidak sengaja mengaktifkan penggera keselamatan yang berada di Pusat Angkasa Lepas Johnson di Houston.

“Saya lakukan kesilapan. Keesokan harinya, saya menerima kiriman e-mel yang bertanyakan sama ada saya menghubungi talian kecemasan 911,” ujarnya.

Pada 2015, kejadian sama berlaku kepada angkawasan Britain, Tim Peake yang secara tanpa sengaja menghubungi seorang wanita di bumi.