Menurut jurucakap polis, Sherif Rob Giordano, setakat ini seramai 41 orang telah disahkan maut manakala 88 orang masih lagi hilang sejak lapan hari lalu di Sonoma County.

“Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih lagi giat dijalankan. Kita mempunyai hampir 11,000 orang dalam kalangan bomba, polis dan pasukan keselamatan yang lain terlibat secara langsung dalam inisiden ini.

“Saya rasa kita akan jumpa lebih banyak mayat dan rumah yang musnah terbakar, kita sudah mempunyai senarai lengkap mangsa ketika ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada 1933, kejadian sama menyaksikan 29 mangsa maut akibat kebakaran di Taman Griffith, Los Angeles.

Pasukan Bomba California mengesahkan lebih 73,000 ekar tanah menempatkan bangunan komersial dan rumah penduduk musnah akibat bencana tersebut.

Cuaca kering serta angin kencang dilaporkan menyebabkan api marak dan merebak dengan pantas. - AFP