Seramai 74 orang turut cedera dalam kejadian berkenaan.

Kejadian berkenaan berlaku selepas saluran paip yang bocor meletup ketika orang ramai sedang berebut-rebut mengisi minyak.

Kecurian minyak secara berleluasa di negara ini menyebabkan Mexico menanggung kerugian sebanyak AS$3 bilion (RM15.8 bilion) sehingga memaksa Presiden Andres Manuel Lopez Obrador melancarkan gerakan memerangi kegiatan itu secara besar-besaran. - REUTERS