Lapor BBC, wanita itu yang dikenali sebagai Renae Lawrence, 41, dibebaskan setelah meringkuk dalam penjara selama 13 tahun dan berkemungkinan menjadi satu-satunya anggota Bali Nine yang dibebaskan.

Lawrence ditahan bersama-sama lapan lagi rakyat Australia ketika cuba menyeludup heroin seberat 8.3 kilogram dari Bali pada 2005.

Ketua kumpulan terbabit, Andrew Chan dan Myuran Sukumaran dijatuhi hukuman mati pada 2006.

Selain itu, hukuman penjara seumur hidup dikenakan terhadap Si Yi Chen, Michael Czugaj, Tan Duc Thanh Nguyen, Matthew Norman, Scott Rush dan Martin Stephens.