Dilaporkan, individu tersebut merupakan anggota tentera AS ke-10 yang terbunuh di Afghanistan tahun ini, berbanding 12 kematian yang direkodkan pada tahun lalu.

“Nama anggota tentera yang terbunuh dalam pertempuran itu tidak dapat didedahkan sehingga 24 jam, setelah selesai memaklumkan kepada keluarganya,” kata jurucakap misi ‘Resolute Support’ menerusi kenyataan.

NATO tidak memberikan sebarang maklumat lanjut mengenai insiden tersebut yang mana kumpulan militan Taliban mengakui bertanggungjawab ke atas serangan itu. - AFP.