Lapor Mail Online, Ivo van Halen terkejut apabila ibu bapanya memberitahu perkara sebenar pada lima tahun lalu lantas berasa ingin tahu siapakah bapa biologinya namun tidak dapat mengetahui butiran lanjut dari klinik penderma di bawah peraturan tanpa nama.

Susulan itu, dia telah menjalani ujian DNA Susur-Galur Keluarga berharga 60 pound (RM324) menyenaraikan saudara biologi yang turut mengambil ujian itu, dengan kiraan berdasarkan kadar DNA yang dikongsi.

Dua bulan kemudian, Van Halen menerima keputusan dalam talian dan bernasib baik kerana ramai adik-beradiknya juga telah mengambil ujian tersebut.

Van Halen memberitahu The Times, dia telah menemukan bapa biologinya dan 42 orang adik-beradik yang lain.

Dia juga telah bercakap kepada beberapa adik-beradik sebelum mengambil langkah untuk menghubungi bapa biologinya.

Selain itu, dia juga telah bertemu dengan beberapa adik-beradiknya, yang sebahagiannya duduk di kawasan sekitarnya.

Organisasi kerajaan Belanda menganggarkan bapa biologi Van Halen mempunyai kira-kira 1,000 anak yang terhasil daripada sperma yang didermakannya kepada tiga klinik pada 20 tahun lalu.

Ini menjadikan bapa bio­lo­gi­nya itu salah seorang penderma paling produktif mengatasi seorang ahli fisiologi, Bertold Wies­ner dengan spermanya di­gunakan oleh kira-kira 300 sehingga 600 wanita di sebuah klinik di London.