AS juga mendakwa Iran telah mewujudkan rangkaian hubu­ngan dengan syarikat-syarikat Ru­­sia yang disifatkan berbaha­ya.

Jabatan Perbendaharaan AS melalui satu kenyataannya memaklumkan, Teheran ‘bekerja­sa­ma dengan syarikat-syarikat Rusia, menyalurkan berjuta-ju­ta tong minyak kepada kerajaan pimpinan Presiden Bashar al-Assad’.

“Rejim Bashar menyalurkan beratus-ratus juta dolar ke­pa­da Kor Pengawal Revolusi Iran Is­lam (IRGC) dan unit khas Pa­su­kan Quds yang kemudian me­mindahkan wang itu kepada pergerakan Hamas dan Hezbollah,” dakwa AS.

Sekatan terbaharu itu turut menyasarkan warga Syria, Mo­ha­med Alchwicki dan syarikat­nya yang beribu pejabat di Rusia, Kumpulan Global Vision.

Mohamed dituduh memainkan peranan utama memindah­kan minyak ke Syria dan me­n­ya­lurkan wang kepada kumpulan militan, lapor portal Channel News Asia.

Dakwa AS, syarikat milik lelaki itu secara haram menerima pemindahan dana dari Bank Pusat Iran melalui satu transaksi.

Lapor kenyataan tersebut, firma-firma perantara yang terlibat dalam komplot untuk mengaburi destinasi minyak dan wang itu termasuklah sebuah anak sya­rikat Kementerian Tenaga Rusia.

Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo melalui Twitter memberi amaran bahawa ‘sesiapa yang menyalurkan minyak kepada Syria atau cuba mengelak sekatan AS terhadap aktiviti keganasan Iran akan menerima akibat yang buruk’.

Belia menambah, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Kha­menei ‘perlu memutuskan sama ada membelanjakan semula wang rakyat Iran untuk rakyat adalah lebih penting berban­ding melabur bagi membiayai Bashar, Hezbollah, Hamas dan kumpulan militan lain’.