BBC News yang memetik kenyataan pakar Amazon melaporkan, gudang yang diangkut menggunakan kapal udara itu dijang­ka mendapat sambutan menggalakkan apabila dilancarkan nanti.

Amazon turut membayangkan langkah mempatenkan rekaan itu sebahagian daripada usaha menyokong pengangkutan udara sebagai medium penghantaran barang.

Dengan adanya ‘gudang mudah alih’ itu, syarikat mungkin menggunakan khidmat dron sebagai medium penghantaran bara­ngan ke mana-mana lokasi dengan lebih cepat dan mudah.

Ujian penghantaran secara komersial dengan menggunakan dron dilaporkan telah dilakukan awal bulan ini di Cambridge, United Kingdom (UK).

Amazon dalam satu dokumen yang mempe­rincikan mengenai rekaan tersebut memberitahu, kombinasi penggunaan dron dan gudang mudah alih itu dianggap ‘meme­nuhi pakej yang diperlukan untuk sebuah pengangkutan udara’ pada masa depan.

Menurut mereka, de­ngan adanya perkhidmatan itu, barang-barang dapat dihantar dengan lebih cepat berbanding jika diambil daripada gudang biasa sebelum penghantaran dilakukan.

Dron yang dikawal menggunakan Sistem Kawalan Penerbangan Automatik atau AFCs itu mampu terbang pada ke­tinggian 14,000 meter dan mendarat tanpa menggunakan sebarang kuasa ketika membuat penghantaran barang.