Menurut Agensi Pertahanan Awam Daerah California, batu lebur dari dua retakan besar bergabung menjadi satu aliran, sekali gus mengancam untuk menghalang laluan utama penduduk melarikan diri.

Lava panas dan berbahaya itu dijangka melitupi laluan lebuh raya Highway 137 dalam sekelip mata berdasarkan kadar dan arah alirannya.

Pihak berkuasa kini berusaha mengeluarkan lebih 1.7 kilometer lava keras di jalan berhampiran sebagai laluan alternatif penduduk melarikan diri jika lebuh raya berkenaan sudah tidak boleh digunakan lagi.

Pusat Pemantau Gunung Berapi Hawaii berkata, dua lagi letusan besar berlaku di puncak gunung sekitar tengah malam dan pukul 4.00 waktu tempatan, melepaskan abu dan asap tebal setinggi 3.2 kilometer ke udara.

Sebanyak empat buah rumah musnah akibat dibadai magma dan kecederaan serius pertama dilaporkan semalam.

“Seorang penduduk di Noni Farms Road yang sedang duduk di balkoni di tingkat tiga rumah telah dihentam percikan lava.–REUTERS

“Percikan tersebut seberat sebuah peti sejuk dan serpihan kecil boleh membunuh,” kata jurucakap Pejabat Datuk Bandar Hawaii, Janet Snyder.

Para saintis menjangkakan akan berlaku beberapa lagi siri letusan dari Gunung Berapi Kilauea yang boleh menyebarkan asap di seluruh Big Island dan menimbulkan bahaya kepada pesawat jika tersebar lebih 9.14 kilometer ke laluan udara.