Detik News melaporkan, kurang dari sebulan kemudian, tepatnya pada 15 Februari ini, individu yang lebih dikenali sebagai Ahok itu dikatakan akan melangsungkan perkahwinan dengan Puput Nastiti Devi.

“Benar, Pak Basuki Tjahaja Purnama (Ahok) merencanakan (merancang) perkahwinannya pada 15 Februari,” jelas Ketua Dewan Perwakilan Rakyat Daerah Khusus Ibu Kota Jakarta, Prasetio Edi Marsudi hari ini.

Prasetio merupakan rakan karib Ahok dan bekas Ketua Tim Sukses Ahok-Djarot ketika pilihan raya Gabenor Jakarta tahun 2017.

Ahok akan melangsungkan perkahwinan dengan Puput Nastiti, bekas pembantu kepada bekas isteri Ahok, Veronica Tan.

Ahok bercerai dengan Veronica pada 4 April tahun lalu dan proses perceraian dilalui Ahok ketika masih di dalam penjara.

Ahok dihukum penjara sejak 9 Mei 2017 selepas didapati bersalah dalam kes menghina agama.