Detik News melaporkan, dia berharap mendapat kebenaran pihak berkuasa Indonesia untuk membuat konsert berkenaan.

“Mudah-mudahan bolah dapat kelulusan untuk saya keluar negara.

“ Tujuan saya hanya untuk menjalankan konsert dan bukannya seorang korup yang mahu melarikan diri,” katanya.

Polis menghalang Ahmad Dhani ke luar negara supaya mempercepatkan proses penyiasatan dan dia bersikap lebih bekerjasama.

Tambah penyanyi kumpulan Dewa 19 itu, pihak polis juga boleh menugaskan anggota untuk mengawalnya sepanjang konsert.