Isu persetujuan perbelanjaan dan pendatang menghantui rundingan antara ahli-ahli Parlimen, sebelum penutupan operasi kerajaan yang akan bermula tengah malam Khamis ini.

Pada minggu lalu Trump berikrar untuk `melanjutkan keterbukaannya’ kepada kedua-dua pihak yang mengendalikan perjanjian imigresen yang melindungi kira-kira 1.8 juta pendatang tanpa dokumen daripada dihantar pulang iaitu pertukaran terhadap pengekangan pendatang yang sah.

Walau bagaimanapun pihak Demokrat mengecam cadangan tersebut menyebabkan Trump menyalahkan pihak tersebut kerana enggan membantu menggantikan program yang dikenali sebagai Tindakan Tertangguh untuk Ketibaan Kanak-kanak (DACA) yang tamat pada Mac ini. - AFP

habis