"Saya ingin meminta maaf kepada semua penyokong Parti Demokrat kerana gagal mencapai matlamat kita pada pilihan raya ini.

"Saya perlu memikul tanggungjawab sebagai pemimpin parti ini. Oleh yang demikian, saya akan meletak jawatan daripada parti berkuat kuasa serta-merta," katanya pada sidang akhbar di sini.

Parti Demokrat berada di kedudukan keempat bagi undi popular berdasarkan keputusan tidak rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand, dengan penjumlahan undi sebanyak 93 peratus.

Abhisit, yang menjadi Perdana Menteri dari 2008 hingga 2011 berkata, beliau akan meletak jawatan jika Parti Demokrat gagal memenangi lebih 100 kerusi Parlimen. - BERNAMA