Feri itu membawa 121 penumpang dengan empat kru.

Menurut Pengawal Pantai Jepun, seramai lima mangsa mengalami cedera parah dalam kejadian yang berlaku sebelum tiba di Pulau Sado selepas perjalanan singkat dari tanah besar.

Sementara itu, siaran NHK yang memetik pakar hidupan liar marin memberitahu, berkemungkinan feri itu melanggar paus yang sering dilihat berada di kawasan itu.

Terdapat kerosakan pada bahagian belakang feri namun ia dapat sampai ke destinasi dituju tanpa bantuan luar. - AFP