Lapor Bangkok Post, dikenali sebagai ‘Rakyat Generasi Baharu untuk Perubahan Sosial’, sekumpulan pelajar berkenaan turut menjemput orang ramai untuk menandatangani petisyen terbabit menerusi laman web change.org.

Seramai 800,000 orang telah menandatangani petisyen berkenaan, termasuk pengundi di New Zealand yang undiannya ditolak.

Sembilan universiti yang mengambil bahagian dalam petisyen itu adalah Universiti Chulalongkorn, Universiti Thammasat (kampus Rangsit), Institut Teknologi King Mongkut (kampus Thon Buri), Universiti Kasetsart (kampus Bang Khen), Universiti Chiang Mai, Universiti Naresuan, Universiti Burapha, Universiti Prince of Songkla (kampus Pattani) dan Universiti Rajabhat Rachanakharin. - AGENSI