“Sebanyak 70 peratus kemungkinan akan berlakunya El Nino pada akhir tahun ini,” kata WMO menerusi satu kenyataan dikeluarkan.

El Nino terjadi disebabkan pemanasan berkala di timur Lautan Pasifik yang mengakibatkan kemarau di sesetengah kawasan dan hujan lebat di tempat lain.

Setiausaha Agung WMO, Petteri Taalas menjangkakan El Nino pada tahun ini akan mencatatkan rekod suhu paling tinggi selepas berlakunya fenomena gelombang haba pada Julai dan Ogos lalu. - AFP