Sumber keselamatan dalam konvoi tersebut berkata, Rami terselamat dan tidak mengalami kecederaan dalam letupan yang berlaku sejurus selepas konvoinya memasuki wilayah yang dikendalikan oleh gerakan Hamas dalam satu lawatan luar biasa hari ini.

Menurut kenyataan media Palestin, Presiden Palestin, Mahmud Abbas menyifatkannya sebagai serangan pengecut menyasarkan konvoi Rami dan menuduh Hamas tanggungjawab terhadap kejadian tersebut. - AFP