Pertempuran antara kumpulan militia yang bertentangan pada akhir Ogos lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 115 penduduk dan kira-kira 400 cedera menjelang malam Sabtu, menurut Kementerian Kesihatan Libya.

UNICEF berkata, lebih 1,200 keluarga hilang tempat tinggal dalam tempoh 48 jam selepas pertempuran berlaku di selatan Tripoli sebelum ia berhenti semalam.

“Ini menjadikan jumlah penduduk yang kehilangan tempat tinggal akibat pertempuran baru-baru ini mencapai lebih 25,000, separuh daripada mereka adalah kanak-kanak,” katanya.

Pengarah Agensi PBB Timur Tengah dan Afrika Utara, Geert Cappelaere berkata, kanak-kanak menanggung akibatnya dan semakin ramai direkrut oleh kumpulan bersenjata.

Cappelaere berkata, penduduk menghadapi masalah kekurangan makanan, bekalan elektrik dan kekurangan air, sambil menambah pertempuran telah memburukkan lagi penderitaan pendatang asing. -AFP