Menurut organisasi berkenaan, empat orang kanak-kanak antara yang terkorban dalam serangan terbabit.

“Rejim tersebut menyerang Ghouta Timur untuk membuka laluan bagi serangan darat,” kata Ketua organisasi itu, Rami Abdel Rahman.

Menurutnya lagi, sehingga kini seramai 71 orang terbunuh manakala 325 lagi cedera dalam tempoh 24 jam. - AFP/REUTERS