Lima kematian terbaharu dicatatkan hari ini selepas hujan yang bermula sejak seminggu lalu memaksa pihak berkuasa melepaskan air yang telah mencapai paras bahaya di 35 empangan.

Ketua Menteri, Pinarayi Vijayan menerusi Twitter memaklumkan, pada masa ini sebanyak 35 empangan telah melepaskan air dan banyak daerah kini berhadapan dengan banjir.

Jabatan Meteorologi India memberitahu, hujan lebat akan berterusan sehingga Sabtu ini selain turut mengeluarkan `amaran merah’ di 12 daripada 14 daerah negeri itu.

Lapangan terbang bandar ini terus ditutup sehingga tengah hari Sabtu. - Reuters