Jurucakap Biro Penyiasatan Pusat Nepal, Uma Prasad Chaturbedi berkata, siasatan masih di peringkat awal dan ekoran itu beliau tidak boleh mendedahkan hasil siasatan buat masa ini.

Beliau memberitahu, polis memulakan siasatan selepas menerima laporan daripada ahli keluarga mangsa yang mendakwa mereka hilang selepas menemui Ram Bahadur di rumah beribadatnya.

Menurut Channel News Asia, lelaki berusia 28 tahun itu mula menjadi terkenal pada awal 2005 selepas dikatakan mampu bertapa selama beberapa bulan tanpa minum air, makan atau tidur.

Ram Bahadur didakwa menyalahgunakan kerohanian untuk menarik penganut. Ribuan penganut sanggup beratur untuk beberapa hari hanya untuk melihat Ram Bahadur bertapa.

Pada September lalu, dia pernah didakwa merogol seorang gadis berusia 18 tahun. AGENSI